Khamis, 16 Julai 2009

TAJUK: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
SUBTOPIK: PENGERTIAN EKONOMI

APAKAH EKONOMI?

1. Ekonomi berasal daripada perkataan Greek ’oikou’ dan ’nomos. ’Oikou’ beerti isi rumah dan ’nomos bererti peraturan. Maka dari segi makna asalnya, ekonomi bererti peraturan isi rumah.
2. Dalam erti kata yang mudah, ekonomi ialah satu kajian tentang bagaimana manusia menguruskan sumber-sumber yang terhad bagi memenuhi segala kehendak yang tidak terhad. Ia juga boleh dikatakan satu kajian tentang tingkah laku manusia terhadap masalah kekurangan.
3. Contoh kehendak yang tidak terhad ialah:
i) Seorang buruh ingin bekerja sebagai pensyarah, juruterbang, jurutera dan akauntan.
ii) Sebidang tanah boleh ditanam dengan kelapa sawit, getah atau pokok buah-buahan.
iii) Sejumlah modal tertentu boleh dilaburkan dalam kren, jentolak, perkapalan atau pembinaan
iv) Usahawan ingin menceburkan diri dalam industri roti canai eksport, besi waja, industri perkapalan atau industri elektronik.

FAKTOR PENGELUARAN YANG TERHAD/SUMBER EKONOMI

1. Tanah(SEWA)
a) Adalah sumber yang terhad.
b) Tanah adalah penganugerahan alam semulajadi.
c) Tanah mencakupi segala sumber alam semula jadi sama ada di atas permukaan bumi atau di dalam perut bumi.
d) Dalam konteks ini tanah meliputi tanah, air, sumber galian, kayu kayan dan sumber laut.
e) Sumber tanah ini boleh berbentuk yang boleh habis dan tidak boleh habis
f) Contoh sumber boleh habis adalah seperti bijih timah, petroleum, emas, besi, kuprum, arang batu, dan sebagainya.
g) Contoh sumber yang tidak boleh habis ialah air dan sumber laut.

2. Buruh(UPAH)
a) Adalah terhad.
b) Buruh mencakupi kedua-dua daya usaha atau tenaga manusia sama ada fizikal atau mental.
c) Buruh terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir.
d) Buruh mahir adalah buruh yang terdiri daripada buruh yang berpendidikan tinggi serta terlatih.
e) Contoh buruh mahir ialah jurutera, peguam, akauntan dan pensyarah.
f) Buruh yang tidak mahir ialah buruh yang tidak terlatih (kurang terlatih) dan tidak berpendidikan (atau rendah taraf pendidikannya).
g) Contoh buruh tidak mahir ialah kontraktor, buruh kasar dan petani.

3. Modal(FAEDAH)
a) Adalah terhad dari segi kuantiti modal yang boleh diperolehi dalam dunia ini.
b) Modal adalah barangan ciptaan manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran barangan lain.
c) Modal meliputi modal wang dan modal fizikal ( peralatan, jentera, bahan mentah, keupayaan pengeluaran).

4. Usahawan(UNTUNG)
a) Berada dalam penawaran yang terhad juga.
b) Usahawan merujuk kepada individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor-faktor pengeluaran buruh, tanah dan modal untuk mengeluarkan output.
c) Usahawan adalah penggerak utama dalam proses pengeluaran.
d) Usahawan juga adalah perancang dan penanggung risiko dalam pengeluaran.
e) Kejayaan sesebuah firma amat begantung kepada kecekapan pengurusan para usahawan.
SETBMU= SANG EGGANG TAK BOLEH MAKAN UBI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan