KAJIAN KES
SPM 2004
Syarikat Mega Berhad ialah sebuah syarikat automobil negara yang terlibat dalam pengeluaran kereta untuk pasaran tempatan. Hasil kajian syarikat mendapati nilai pekali keanjlan harga permintaan kereta ialah 1.5, maka pihak syarikat mengambil keputusan untuk menurunkan harga kereta. Kesannya permintaan kereta telah meningkat.
Syarikat Mega Berhad bercadang untuk meningkatkan keluarannya bagi menampung peningkatan permintaan dengan menambah bilangan buruh kepada 900 orang.
Jadual 2 yang tidak lengkap menunjukkan pengeluaran jangka pendek Syarikat Mega Berhad.
Mesin | Buruh | Jumlah Keluaran Unit | Keluaran Purata | Keluaran Sut |
100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 | 0 100 200 300 400 500 600 700 800 900 1 000 | 0 1 000 2 400 4 100 6 000 w 9 300 10 300 10 800 10 800 10 500 | - 10 12 13.7 15 15.6 15.5 x 13.5 12 10.5 | - 10 y 17 19 18 15 10 5 0 -.3 |
Jadual 2
Komponen kereta syarikat ini diimport dari
(i) Menaikkan cukai jualan
(ii) Menaikkan kadar faedah pinjaman
Berdasarkan kes itu, jawab soalan-soalan berikut :-
(a) Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan hasil kajian syarikat itu. [2 markah]
(b) (i) Hitungkan nilai-nilai w, x dan y. [4 markah]
(ii) Tindakan syarikat itu untuk menambah bilangan buruh kepada 900 orang adalah tidak
wajar.
Berdasarkan Jadual 2, berikan alasan dan cadangkan tindakan yang sepatutnya diambil.
[3 markah]
(c) Adakah memorandum persatuan pengguna sesuai untuk mengatasi kenaikan tingkat harga
umum dalam negara itu?
Berikan alasan anda. [5 markah]
(d) Bagaimanakah bank pusat berperanan membantu menjayakan hasrat persatuan pengguna itu?
[11 markah]
SPM 2005
Encik Azli ialah seorang pesara tentera yang telah menerima wang ganjaran sebanyak RM50 000. Beliau bercadang menabung 20% daripada wang ganjaran tersebut untuk tempoh satu tahun di sebuah institusi kewangan. Institusi itu menawarkan kadar faedah 2.5% setahun bagi Simpanan Tabungan dan kadar faedah 3% setahun bagi Simpanan Tetap. Beliau membuat keputusan untuk menabung dalam Simpanan Tabungan.
Sementara itu Encik Azli telah membuka perniagaan batik secara kecil-kecilan dengan menggunakan baki wang ganjaran tersebut. Memandangkan permintaan terhadap batik tempatan semakin meningkat, beliau bercadang untuk membesarkan perniagaannya tetapi beliau menghadapi masalah modal yang tidak mencukupi. Beliau telah berusaha mendapatkan modal daripada beberapa sumber.
Setelah berjaya memperoleh modal tersebut, perniagaan beliau semakin maju. Dua tahun kemudian, beliau mendapati potensi industri batik tempatan boleh dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Pada masa sama, pasaran batik tempatan menghadapi persaingan daripada batik
Berdasarkan situasi kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:-
(a) (i) Adakah anda bersetuju dengan keputusan menabung yang dibuat oleh Encik Azli?
Berikan alasan anda. [3 markah]
(ii) Bagaimanakah Encik Azli beoleh menambahkan pendapatannya selain daripada yang dinyatakan
dalam situasi di atas? [8 markah]
(b) Jelaskan sumber-sumber pinjaman yang boleh membantu Encik Azli menambahkan modal.
[5 markah]
(c) Huraikan tiga bentuk sekatan yang boleh kerajaan laksanakan bagi melindungi industri itu.
[9 markah]
SPM 2006
Syarikat Aroma, pengimport tunggal alat ganti kenderaan telah membuat kajian tentang harga alat-alat ganti kenderaan di pasaran domestik pada tahun 2005. Hasil kajian bagi dua jenis alat ganti ditunjukkan dalam rajah berikut:
Oleh itu, Syarikat Aroma telah menetapkan sasaran keuntungan sebanyak 35% pada tahun 2006. Peningkatan sasaran ini memerlukan syarikat mengimport lebih banyak alat ganti dari luar negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat. Dianggarkan nilai import alat ganti kenderaan ialah sebanyak RM700 juta. Pihak pengurusan syarikat telah dimaklumkan pada masa kini, pengeluar alat ganti kenderaan Amerika Syarikat diberi bantuan subsidi sebanyak 12% lebih tinggi daripada yang dinikmati oleh pengeluar di Perancis.
Berikut adalah maklumat perdagangan negara Perancis dan Amerika Syarikat:
Bil | Butiran | Perancis | Amerika Syarikat |
1 2 3 4 | Kadar pertukaran asing Kadar tarif Syarat penghantaran barang ke pasaran domestik | RM1 = €0.22 20% Rendah Label kandungan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris | RM1 = US$0.20 5% Tinggi Label kandungan dalam Bahasa Inggeris sahaja |
Pada bulan Febuari 2006, bencana alam telah berlaku di Perancis dan Amerika Syarikat. Ini menyebabkan pengeluaran di kedua-dua negara tersebut menghadapi kesulitan untuk membekalkan alat ganti kepada pengimport. Keadaan ini telah menyebabkan gangguan bekalan alat ganti kenderaan di pasaran domestik. Syarikat Aroma terpaksa mengurangkan bekalan kepada peniaga-peniaga alat ganti dan menangguhkan penghantaran alat ganti kenderaan ke negeri-negeri pantai timur, Sabah dan
Berdasarkan situasi kes di atas, jawab soalan berikut:
(a) (i) Hitungkan nilai pekali keanjalan harga penawaran Alat Ganti J. [2 markah]
Gunakan rumus :
Keanjalan Harga Penawaran =
(ii) Tafsirkan nilai pekali keanjalan tersebut. [2 markah]
(b) (i) Bagai memastikan tingkat keuntungan syarikat maksimum, tentukan negara manakah yang
menjadi pilihan utama Syarikat Aroma? [1 markah]
(ii) Huraikan dua alasan anda. [6 markah]
(c) Jelaskan kesan pengurangan bekalan alat ganti kenderaan tersebut kepada pihak berikut:-
(i) pengguna [3 markah]
(ii) pengedar [3 markah]
(iii) pengeluar [3 markah]
(iv) kerajaan [5 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan