Selasa, 8 Disember 2009

Petua Memupuk Cinta Sejati Suami Isteri

Email : mohd naim mohd zain

Cinta sejati tidak memusnahkan diri kekasih yang dicintai, malah ia menjaga supaya si dia tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Untuk itu, apabila cinta memilih untuk singgah di hati seseorang, lalu akan berasa betapa bahagianya diri untuk merasai nikmat cinta anugerah Ilahi.

Siapakah yang tidak pernah dicintai? Mungkin belum ditemukan dengan orang yang selayaknya untuk dicintai, namun perasaan itu memang wujud dalam kalangan semua insan. Hanya mereka yang pernah merasai dan melalui pengalaman cinta akan merasakan keindahannya.

Namun, bagi yang belum merasakannya, masa itu akan datang juga. Malah, hanya masa dan ketentuan yang bakal meletakkan rupa, perasaan dan khayalan sebelum menemui hakikat sebenar percintaan, seterusnya disatukan di alam yang penuh keindahan.

Bagi yang merasai keindahan cinta sehingga bertemu jodoh, bersatu diri dalam mahligai yang penuh keindahan. Pun begitu, tidak kurang juga yang diuji dengan pelbagai cubaan bagi meneguhkan kembali kekuatan cinta.

Perkara berikut mungkin dapat membantu mengukuhkan lagi perasaan anda dan pasangan apabila dua jiwa menjadi satu. Bagi yang bergelar isteri atau ibu, hayatinya untuk menjadi isteri yang didambakan dalam keluarga Islam.

* Letakkan dalam jiwa peranan besar dalam kehidupan keluarga. Tindak-tanduk, kebijaksanaan dan sifat selalu mengingati Allah boleh menjadikan rumah sebagai syurga yang diidamkan suami dan anak. Mereka berasa tenang setelah penat di luar rumah.


* Laksanakan tanggungjawab dan peranannya yang asasi dalam mendidik anak dan memelihara mereka kerana ibu perlu lebih banyak bergaul dengan anak.


Bahkan, mereka juga sangat berhajat kepada ibu terutama pada peringkat membina keperibadian dan perkembangan diri.

Antara ibu dan bapa, hendaklah ada persefahaman dalam mendidik anak supaya kedua-duanya saling menyempurnakan antara satu sama lain dengan tidak ada percanggahan.

Kasih sayang ibu terhadap anak jika tidak kena caranya, mungkin boleh memporak-perandakan keharmonian keluarga.

* Isteri contoh juga hendaklah mengetahui dengan teliti kewajipannya terhadap suami dan hak suami terhadap isteri yang mesti dilaksanakan sebagai beribadah kepada Allah dan mengharapkan pahala-Nya.


Hendaklah dia menjaga perasaan, bersimpati atas kesusahannya dan menjaga rakannya. Selain itu, bekerjasama dengan suami terutama dalam mendidik anak dan menjaga silaturahim.

* Beri semangat kepada suami supaya dia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal, berjihad dan berkorban.


* Isteri hendaklah pandai memilih kenalannya dalam kalangan wanita yang solehah. Dia juga harus berperanan mengajar dan mengingatkan adab Islam. Dirinya sendiri dijadikan contoh kepada yang lain.


* Alangkah baik jika isteri contoh bukan saja menjaga perkara halal dalam urusan rumah tangga seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan rumah serta adat, malah, dia juga dapat menjaga daripada yang haram serta syubhat.


Rumahnya pula dijadikan contoh dari segi kebersihan dan kekemasan untuk membiasakan anak dengan keadaan demikian.

* Adab dan doa seharusnya dijadikan amalan seharian dalam perkara seperti makan, minum, tidur, memberi salam, meminta izin, melihat perempuan dan seumpamanya.


* Isteri (dan juga suami) hendaklah mengambil berat untuk menghidupkan hari kebesaran Islam serta ditanamkan rasa kasih terhadap hari berkenaan seperti Ramadan.

Jumaat, 16 Oktober 2009

TAJUK -TAJUK TUNDINGAN EKONOMI ASAS SPM 2009

Masalah ekonomi-KPKL-kerajaan..
Jenis barang
Sistem ekonomi islam..
Jenis-jenis pendapatan
Belanjawan peribadi
Unit ekonomi dan peranan-isi rumah
Penentu permintaan dan penentu penawaran-harga barang itu sendiri
,harga barang lain,pendapatan pengguna,musim,
jangkaan harga masa depan,dasar kerajaan.....
Keanjalan (dalam bentuk jadual)
Aliran pendapatan ekonomi 2 sektor
Keseimbangan pasaran..
Cukai langsung dan cukai tak lansung
Pinjaman bank perdagangan
Inflasi dan Deflasi
kadar pertukaran asing..

Isnin, 28 September 2009

DAH JADI SUAMI ORANG RUPANYE....





Gambar-gambar majlis kahwin.... 23/09/2009

Selasa, 8 September 2009

Tahap Dan Tingkatkan Puasa

http://akhisalman.blogspot.com

Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita. Saat artikel ini ditulis, sudah masuk hari yang ke 16. Bagaimanakah dengan puasa kita. Ditahap "tadika" , "sekolah rendah" , "sekolah menengah " atau "universiti". Masing2 melalui ramadan mengikut tahap keimanan dan ketakwaannya. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Firman Allah swt:

ولكل درجات مما عملوا

"Dan setiap orang yang beramal mempunyai tahap dan tingkatan yang tertentu." (Al-'Anam : 132)

Kebanyakan kita hanya melalui "ramadan primary school" iaitu hanya menahan lapar dan dahaga. Adakah ini sudah memadai untuk membolehkan puasa kita diterima. Cuba kita renung hadis ini:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الّزُوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةً فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

"Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak elok maka Allah tidak memerlukan (memberi pahala) terhadap meninggalkan makan dan minum." (Hr Bukhari - sahih)

Hadis dibawah ini lebih menjelaskan lagi apakah puasa yang sebenar. Nabi saw bersabda:

لَيْسَ الّصِيَامُ مِنْ الّطَعَامِ وَالّشَرَابِ إِنَّمَا الّصِيَامُ مِنَ الّلَغْوِ وَالّرَفَثِ

"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha dan tidak bercakap perkataan yang keji." (Hr Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi - sahih)

Setelah kita membaca kedua hadis ini, kita mesti merenung dan mengingati kembali segala puasa-puasa kita sebelum ini. Bagaimana dengan puasa kita selama ini. Cuba kita lontarkan persoalan-persoalan ini:

1. Adakah kita masih mengumpat (walaupun benar) dan mengata keburukan orang lain semasa puasa? Memaki dan mencerca orang lain?
2. Adakah kita masih memandang perkara yang haram semasa puasa? melihat movie yang mengandungi gambar yg boleh menyeronokkan nafsu syahwat kita? kebanyakan drama, filem dll ada perkara ini.
3. Adakah kita masih melakukan hubungan cinta semasa puasa ?
4. Adakah kita mendengar lagu-lagu yang haram atau mendengar orang yang mengumpat ketika puasa?
5. Adakah kita menggunakan tangan dan kaki kita untuk perkara yang haram?

Kalau ada salah satu perkara diatas, maka dikhuatiri pahala amalannya lenyap begitu sahaja. Habislah penat lelah dia berpuasa. Renungilah hadis dibawah ini:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوْعُ وَالْعَطَش

"Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja." (Hr Ibnu Majah - hasan sahih)

Semestinya kita merasa takut dan bimbang termasuk dalam orang yang tidak diterima puasa dan amalannya. Inilah sikap para ulama salafus soleh yang begitu bimbang amalan mereka tidak diterima walaupun mereka telah melakukan yang terbaik. Abdullah Ibnu Umar berkata:

"Kalaulah aku mengetahui Allah sudah menerima daripadaku satu sujud atau satu dirham sedekah , pasti kematian lebih aku cintai dari segalanya."

Seorang sahabat Nabi saw Fudalah ra juga berkata:

"Kalau aku tahu Allah telah menerima amalanku sebesar biji zarah lebih aku sukai dari dunia dan seisinya."

Oleh itu kita kena sentiasa menilai kembali puasa kita, ditahap manakah ia? kalau kita sudah dapat memelihara anggota kita dari perbuatan yang tidak elok semasa puasa maka kita sudah layak ke tahap pertengahan atau kita sebut "sekolah menengah".

Bagaimakah untuk kita melayakkan puasa kita ditahap "universiti". Kita bukan sahaja menjaga anggota kita semasa puasa malahan menjaga hati kita dari selain dari Allah. Inilah jawapan seorang Soleh, bila ditanya "Kamu puasa dari apa?" lalu beliau menjawab:

أن الصائم عما سوى الله

"Aku menahan diri dari mengingati selain dari Allah."

Kesimpulan

Marilah kita sama-sama meningkat kualiti puasa kita. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Ini bagi memastikan amalan kita diterima. Ramai orang yang diberi kekuatan untuk beramal tetapi tidak ramai amalannya yang diterima. Imam Ibnu "Ataillah as-Sakandari berkata:

رُبَّمَا فَتَحَ لَكَ بَابَ الّطَاعَةِ وَلَمْ يَفْتَحْ لَكَ بَابَ الْقَبُوْلِ

"Kemungkinan Allah membuka pintu amal untuk kamu dan Allah belum membuka pintu penerimaan amalan untukmu."

Penerimaan amalan memerlukan keikhlasan dan bertepatan dengan apa yang dituntut oleh syara'. Kita mesti menuntut ilmu untuk memastikan amalan kita bertepatan dengan syariat dan bagaimana utuk mencapai keikhlasan. Oleh itu sama-samalah kita turun belajar menambah ilmu di kelas-kelas pengajian. Sunnah dalam menuntut ilmu adalah belajar berguru secara berdepan seperti mana Nabi terima wahyu dari Jibril dan para sahabat belajar dari Nabi saw. Nabi saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرُيْدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يُعَلِّمَهُ كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍ تَامٌّ حَجَّتُهُ

"Sesiapa yang pergi ke Masjid waktu pagi hanya semata-mata menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya dia mendapat pahala orang yang menunaikan haji yang mana sempurna hajinya." (Hr Hakim dan Tabrani - Hasan)

Kenapa pahala sebesar ini tidak diberikan kepada orang yang menambah ilmu dgn pembacaan? Cuba fikir... InsyaAllah saya akan jawab dalam tajuk belajar secara berdepan dengan guru. Tidak salah membaca, malahan digalakkan tapi jadikan ia sebagai tambahan bukan yang utama.

TINGKATKAN KUALITI PUASA KITA

Rujukan: Tafsir Sofwatut Tafasir oleh Sobuni, Lataiful Ma'arif oleh Ibnu Rajab dan Makhawifus Solihin Min adamil Qabulil A'mal oleh Dr Muhammad Azuz .

Posted by akhisalman

AMALAN DALAM BULAN RAMADAN

PAGI:

Sembahyang sunat subuh dan fardhu subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya.
Zikir:
(a) (sebanyak-banyaknya) dan

(b) 100 kali sebelum naik matahari (Tiada Tuhan melainkan Allah)

(c) (10 kali/100 kali)

(tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah, pada saat dan nafas sebanyak bilang luasnya ilmu Allah)

(d) (sekurang-kurangnya 10 kali/100 kali)

(Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata).

3. Tasbih:

(a) (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat)

[Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung].

4. Selawat:

(sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali)

5. Sembahyang Sunat:

Sembahyang Sunat Israq
Sembahyang Sunat Dhuha
Sembahyang Sunat Tasbih dan
Membaca Al-Quran
Membaca doa taubat ‘Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)


TENGAHARI

Sembahyang :
Sunat Zohor – Fardhu Zohor – Sunat Zohor serta doa.

Istighfar:
(a) (70 kali/100 kali)

[Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadaNya]

(b) (70/100 kali : pohon keampunan ibubapa)

[Ya Tuhanku, ampunilah bagiku dan bagi dua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka telah mendidik aku di waktu kecil]

(c) (25 kali : wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali, supaya dikasihi Allah)

[aku mohon keampunan kepada Allah yang maha agong bagiku dan bagi dua ibu bapaku, dan sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukiminin dan mukminat (lelaki dan perempuan), hidup dan mati].



PETANG

Sembahyang : Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid/doa.
Zikir: (sebanyak yang boleh)
[Tiada Tuhan melainkan Allah]

Tasbih:
(a) (100 kali)

[ Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi ]

(b) (100 kali) – dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat.

[Maha Suci Allah dan dengan kepujiannya, Maha Suci Allah yang Maha Agung]

Bertakbir: (100 kali)
Amanah Nabi kepada Saiyidina Ali sesudah sembahyang asar sebelum tenggelam matahari – setiap hari.

Solawat: (10/100 kali)


MAGHRIB:

Berbuka puasa – sembahyang maghrib dan sunat maghrib.
Sembahyang sunat Awwabin.
Membaca: (50 atau 100 kali) – menjadi pengadang dunia dan akhirat.
[Tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung]



ISYAK:

Sembahyang sunat Isyak, Fardhu Isyak, Sunat Isyak
Sembahyang Sunat Terawih, sunat Witir
Membaca Al-Quran


TENGAHMALAM

Jam 2.00 malam atau 3.00 malam hingga keluar fajar subuh.

Sembahyang sunat wuduk
Sembahyang sunat Tahajjud (2 atau 4 atau 6 atau 8 atau 12 rakaat) dan berdoa.
Sembahyang sunat Hajat (memohon sesuatu hajat) dan berdoa.
Sembahyang sunat Tasbih dan berdoa.
Berzikir:
(di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).

Membaca:
tasbih istighfar (100 kali/70 kali)
[Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agong, aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agong dan aku bertaubat kepadaNya]

g. Membaca:

tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali)
[Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, allah Maha Agong, tiada ada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah]

Setelah masuk waktu subuh dan setelah azan subuh, sembahyang sunat subuh/fajar dua rakaat, sebelum sembahyang subuh (antara azan dan sembahyang fardhu subuh), bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa – antara azan (bang) subuh dengan sembahyang subuh, iaitu:

bertasbih dan mohon keampunan (kalau sempat waktunya)
[Maha Suci Allah dan dengan segala kepujiannya, Maha Suci Allah yang Maha Agung, aku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya].

Rumahtangga Idaman

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
naluri semulajadi yang pinta diisi
kerananya jejaka rela menjadi suami
kerananya perawan rela menjadi isteri
masing-masing dengan harapan
agar rumahtangga membawa kebahagiaan.

Matlamat yang satu
tapi jalannya berliku
destinasinya sama
tapi kaedahnya berbeza
lalu bermacam jalanlah ke sana.

Ada yang mengatakan
bahagia itu pada harta
diukir dari intan permata
(gah, suamiku seorang jutawan)

Tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa....
ditempa oleh wajah rupawan
(wah, isteriku seorang ratu)

Ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbul dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalau bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah?
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah?.

Bahagia itu dari dalam hati
terbenam bagai mutiara disalut nurani.

Bahagia itu pada hati
mahkota itu disinggahsana rasa
bahagia itu kesabaran
bila susah tak gelisah
bila miskin tak pemarah
bila gagal tidak resah
oh suamiku,Inalilah................

Bahagia itu kesyukuran
bila kaya pemurah
bila berkuasa amanah
bila berjaya tidak apa

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
bila hati mengingati tuhan
firman Allah :
ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati

suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir Ilahi
itulah zikir yang hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
tuluskan niat,luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.............'
penyeri Islamku nanti
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah.

Diatas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
iman itu tujuan
syariat itu jalan
tempat merujuk segala permasalahan
tempat mencari semua penyelesaian
'isteriku, taatilah hukum Allah'
'suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah s.a.w'

Binalah hidup di neraca maaruf
rumah jadi sambungan madrasah.............
seninya kerana solat
indahnya oleh munajat
jalannya...............syariat
natijahnya.............akhlak
tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah :
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'

lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan...........
soleh dan solehah!!!.

Ahad, 26 Julai 2009

Tips Berkahwin Awal

Oleh : baha asri

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga:

1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masadepan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

Bersambung …
sumber http://www.terataionline.net/