Ahad, 26 Julai 2009

Tips Berkahwin Awal

Oleh : baha asri

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga:

1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masadepan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

Bersambung …
sumber http://www.terataionline.net/

ADAKAH GURU BIASA SELAMAT?

Oleh : Naninu Sakun
Adakah guru yang tiada berjawatan ataupun senang dipanggil guru biasa akan selamat ketika menjalankan tugas? Fenomena inilah yang selalu bermain di jiwa seorang guru. Rutin guru yang sudah berkeluarga, pagi bangun seawal jam 5 pagi menguruskan diri dan keluarga serta tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan solat subuh. Sesudah itu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke sekolah untuk bertugas.Di sekolah mulalah sibuk mengajar hingga jam 2 petang termasuk kelas tambahan. Kadang-kadang berlanjutan ke jam 3 petang kerana mesyuarat.
Anak-anak guru di sekolah? Adakah guru biasa selamat? Itu baru sikit pengorbanan seorang guru biasa yang terpaksa berkorban demi untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi orang berguna. Persoalannya jika berlanjutan ke 5 petang kerja di sekolah, anak-anak guru macamana? Rasanya guru terpaksa berkorban walau anak-anak dia belum tentu selamat. Perkara ini bukan jadi omongan kosong tapi saya membawanya untuk kita memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru biasa.

Sekarang hari cuti seperti Sabtu, jiwa seorang guru jadi terganggu. Kenapa? Ladap yang terpaksa di hadapi selama 7 hari. Mungkin yang bukan guru berkata 7 hari dalam setahun bukannya susah, tapi bila tolak campur dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang mula melampau seperti motivasilah, khemah ibadat, rakan muda, program rakan sebaya, rombongan sekolah, hari anugerahlah dan bermacam-macam lagi. Adakah guru biasa selamat? Justeru tidak hairanlah mengikut kajian yang dibuat baru-baru ini banyak guru yang menjadi gila atau mengalami simpton kemurungan. Yang hairannya kerani-kerani sekolah, pembantu tadbir kerja hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad bolehlah dengan keluarga mereka tapi guru? Dahlah bebanan buku stok juga dibebankan kepada guru. Adakah guru biasa selamat?

Ibu Bapa pelajar senantiasa perhati sahaja tindakan guru-guru. Jumpa sahaja kesalahan walaupun sikit melenting hingga ke pejabat pelajaran. Pegawai-pegawai ppd pun turunlah menyiasat dan kadang-kadang menghukum tanpa usul periksa. Pernah 1 kes yang saya jumpa, seorang guru tidak mahu bawa pelajar-pelajar ke majlis sukan sekolah lain kerana ibu bapa pelajar masih tidak beri surat keizinan. Guru Besar melenting sebab guru tersebut engkar. Bila diteliti memang patut guru tersebut tidak berbuat demikian kerana kalau terjadi sesuatu yang buruk, pasti Guru Besar akan lepas tangan punya. PPD apatah lagi.Tahu apa jadi pada guru tersebut? Beliau dipindahkan jauh ke pedalaman atas alasan guru besar kepada ppd bahawa guru tersebut tidak memberi kerjasama dan engkar perintah. Yang PPD pun tak menyiasat terus jalankan hukuman. Adakah guru biasa selamat? Tapi kalau guru besar yang kena tangkap khalwat, apa PPD buat, TUTUP KES..........Bukan cerita tipu 1 Taiping dah tahu..........

Kisah seterusnya berlaku pada isteri saya pula. Cuba 1 Malaysia bayangkan, seorang pengetua buat mesyuarat di bulan puasa bermula jam 2.30 petang habis jam 6 petang. Patutkah perkara ini? Pengetua memanglah ada kuasa, tapi dia tidak sedarkah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya keluarga nombor 2. Memanglah boleh dia kata begitu sebab kahwinpun tidak umur dah 50 lebih. Adakah guru biasa selamat? Itu tragedi pertama yang berlaku kepada isteri saya, tragedi yang kedua lagi teruk. Isteri saya sudah banyak kali keguguran. Memang susah untuk lekat sebab menurut doktor rahim kurang kuat. Berusahalah saya dan isteri mendapat rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah isteri saya mengandung, dan saya menjaga isteri saya sebaik mungkin takut keguguran lagi dan bila kandungan mencecah 4 bulan ada 1 peristiwa sedih berlaku lagi. Sepatutnya isteri saya mendapat rawatan di hospital kerajaan sebelah petang kerana pagi sekolah, namun pada hari berkenaan ada mesyuarat dibuat oleh pengetua tersebut lagi. Isteri saya telah berjumpa dengan pengetua tersebut memohon keizinan untuk pelepasan. Tahu apa pengetua tersebut kata, cikgu wajib hadir ke mesyuarat. Takpe nanti saya suruh cikgu lain hantar cikgu ke klinik tersebut mendapat rawatan disebelah pagi dan balik nanti cikgu naiklah bas ataupun teksi. Menangis isteri saya diklinik waktu menghubungi saya bila ditinggalkan di klinik tersebut. Apakah perasaan anda wahai pembaca 1 Malaysia? Adakah guru biasa selamat? ..............Dengarnya pengetua tersebut dah mengajar di daerah Kuala Kangsar pula......... Wahai pembaca, setiap apa yang saya paparkan di atas bukannya hendak menakutkan orang dari menjadi guru. Apa yang saya luahkan ini untuk mengingatkan pentadbir-pentadbir agar lebih berperasaan. Semoga guru biasa tidak terus terkorban...............

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Khamis, 23 Julai 2009

Matahari menangisi penderhakaan penghuni bumi terhadap Allah

Mat Zain Mat Isa
Thu | Jul 23, 09 | 2:51:52 pm MYT

GERHANA matahari yang menyelubungi sebahagian mukabumi pada Rabu (22 Julai) dihitung sebagai yang paling lama dalam abad ini. Ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat di beberapa bahagian dunia, terutama sekitar India, China dan Jepun.

Menurut rekod pakar kaji bintang, kali terakhir berlakunya gerhana penuh sebelum ini ialah pada Ogos 2008. Kejadian itu dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat.

Ada pun di rantau sekitar negara kita gerhana matahari yang berlaku kali ini hanya separa dan dapat dilihat secara minimum sahaja. Ia memang sukar dicerap dengan mata kasar memandangkan hanya tidak sampai 18 peratus permukaan matahari dilindungi bulan.

Sementara penduduk dunia lebih cenderung membicarakan gerhana matahari sebagai fenomena astronomi dan keganjilan alam, agama Islam pula mengajar umatnya menjadikan kejadian yang amat jarang berlaku itu sebagai peluang manusia mengagumi qudrat (kekuasaan) dan iradat (kehendak) Yang Maha Menjadikan.

Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.

Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:

"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

Menginsafi betapa setiap kejadian di alam ini adalah tanda dan bukti kekuasaan Allah, maka Islam menganjurkan cara tersendiri untuk umatnya menyambut kehadiran gerhana, sama ada matahari atau bulan. Kita digesa berkumpul mendirikan solat khusus sempena gerhana.

Di kalangan orang-orang tua dulu, mereka ada cara tersendiri untuk menafsirkan setiap kali kejadian gerhana, sama ada matahari atau bulan. Mereka membahasakan gerhana bulan itu sebagai "bulan sakit", manakala gerhana matahari sebagai "matahari marah" atau "matahari menangis".

Ketuk batang pokok

Ada pula berbagai upacara dibuat sewaktu melihat gerhana yang entah diceduk dari ajaran kitab atau agama mana. Antaranya ialah mengetuk batang pokok yang tidak mahu berbuah. Kononnya ketukan itu dapat membuang sifat malas berbuah yang mendiami pokok itu.

Ada banyak lagi cerita dan pegangan yang bertradisi dalam masyarakat dahulu kala berkaitan gerhana. Namun dengan peredaran zaman dan disebabkan kejadian gerhana itu terlalu jarang berlaku, adat dan kepercayaan itu tidak begitu diwarisi oleh generasi sekarang.

Apa yang lebih menguasai pemikiran masyarakat dunia hari ini ialah teori dan pembuktian saintifik. Bahawa gerhana matahari adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila bulan berkebetulan melintasi hadapan matahari di waktu siang. Bayang bulan yang jatuh ke mukabumi menghasilkan kegelapan.

Namun, sepertimana dinyatakan Allah Ta'ala di dalam firmanNya yang dipetik tadi, "matahari tidak mudah baginya mengejar bulan". Pun begitu, soal mudah atau tidak sebenarnya tertakluk kepada kuasa Allah jua.

Begitu juga, oleh kerana kedua-dua planet itu "beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" mengikut ketentuanNya, maka wajib juga diimani bahawa jika Dia menghendakinya Dia juga Maha Berkuasa sesekala melencongkan peredaran mereka dari tabiat biasa itu.

Dalam mengagumi kekuasaan Tuhan ini, penulis teringat satu ceramah agama yang secara tidak langsung menyentuh soal matahari. Ustaz yang memberikan ceramah menghuraikan ayat berhubung tanda-tanda kekuasaan Allah ke atas penciptaan langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.

Katanya, dengan qudrat dan iradat Allah, matahari mengelilingi bumi tanpa henti. Namun ada ketikanya matahari mengadu kepada Allah Ta'ala. Sebagai makhluk yang tunduk patuh tanpa engkar kepada Tuhan, matahari "menangis" dan meminta izin Allah Ta'ala untuk tidak lagi terus menyinari bumi.

Ia sangat kecewa dan merasa seolah-olah nikmat cahaya yang dipancarkannya tanpa jemu kepada penghuni bumi telah tidak dihargai apabila penghuni bumi tetap kufur dan derhaka terhadap Alah Ta'ala.

Namun permintaan matahari itu tidak diizinkan Allah. Dia sebaliknya menegaskan kepada matahari, "kamu sempurnakanlah tugas kamu (terus beredar dan bersinar). Ada pun soal keengkaran dan penderhakaan penghuni bumi itu biarlah Aku menanganinya dengan cara lain." Moral cerita ini amat dalam. Ia antara lain mengajar kita bahawa di dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah, kita makhluk mesti menunjukkan ketaatan mutlak. Meski pun suruhan Tuhan itu bertentangan dengan pendapat atau nilaian kita, itu bukan pilihan untuk kita tinggalkan apa yang telah diarahkan Allah Ta'ala.

Dari sudut pandang berbeza, jika gerhana matahari itu boleh diistilahkan sebagai "matahari menangis", maka menjadi tanggungjawab kita manusia membahasakan sebab-musabab tindakan matahari itu. Untuk itu kejadian gerhana matahari wajar dijadikan peringatan agar kita tidak terus engkar dan derhaka terhadap Rabbil Alamin._


Sabtu, 18 Julai 2009

Soalan SPM ekonomi asas Kertas 2

SPM 2003
1 (a)Jelaskan perbezaan antara sistem ekonomi kapitalis dan sistem
ekonomi Islam dari segi pemilikan sumber, pilihan individu
dan motif pengeluaran. [ 6 markah ]

(c) Terangkan kesan penghapusan cukai langsung ke atas :
(i) isi rumah [3 markah]
(ii) firma [3 markah]

SPM 2004
1 (a) Terangkan masalah asas ekonomi. [4 markah]
(b) Petikan berikut adalah berkaitan dengan firma Al Kalam.
Firma Al Kalam merancang untuk mengeluarkan suatu
barang halal yang berasaskan prinsip dan hukum Islam.
Setelah kajian dijalankan ke atas keperluan semasa penduduk,
firma Al Kalam mengambil keputusan untuk mengeluarkan
pakaian yang berimejkan Islam.

Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh
firma Al Kalam [12 markah]

SPM 2005

1 (a) Berikut adalah keputusan yang telah diambil oleh kerajaan sebuah negara.

Kerajaan telah menangguhkan projek pembinaan landasan kereta api berkembar

yang menelan belanja berbilion ringgit untuk memberi tumpuan kepada

projek-projek pembangunan luar bandar.

Merujuk kepada konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas,
bagaimanakah keputusan tersebut diambil? [5 markah]

(b) Balai Polis dan Syarikat Keselamatan menunjukkan dua jenis barang.

Nyatakan ciri-ciri setiap barang tersebut. [8 markah]


SPM 2006

1 (a) Jelaskan ciri sistem ekonomi Islam daripada aspek berikut :

(i) motif [3 markah]

(ii) pemilikan sumber [3 markah]

(iii) pembuat keputusan [3 markah]

(b) Berikut adalah maklumat tentang Syarikat XY Sendirian Berhad.
Syarikat XY Sendirian Berhd berhasrat mengeluarkan tayar dan cermin kereta.

Walau bagaimanapun syarikat tersebut menghadapi masalah ekonomi.

Bagaimanakah syarikat itu menyelesaikan masalah tersebut? [6 markah]

DIDIK ISTERI PERLU STRATEGI

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa
kretif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada
kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak
terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan.
Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan
wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta
kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami
akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah yang bermaksud:

“lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi
wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari
yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan
sebahagian daripada hartanya.”

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila
suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta
kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri –
makhluk yang kuat perasaannya.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk
akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan
wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan
keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita,
lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau
umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang
untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di
sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu
dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan
sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu
seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan
seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka,
pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung
dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah
lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu
dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada
diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh
saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti
dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak
tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan
kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga
jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak
mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu
untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta
memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulan nanti
dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri
sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang
mencabar kesabaran kita.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran.
Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran
tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja
kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala
kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami
tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas
dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa
kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan
tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan
tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu
diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.

Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu
wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan
tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala
Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan
membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia
menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan
yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah
juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di
sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan
oleh baginda Rasulullah saw.

Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua
itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan
serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan.
Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran
perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit.
Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk
berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong
memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah
terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak
Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala
dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar
Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu
menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.

Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi
sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam.
Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda.
Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam
juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri
salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila
ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang
pertama dan kedua mereka menjawab, “Kami sengaja mahu
Rasulullah saw mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun
sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi
Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling
baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum
perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah
naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya
perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu
perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari
hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah
pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah
bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih
sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa
Rasulullah dan bertanya tentang mendi hadas.
Rasulullah menjawab, “Ambillah sepotong kain perca
yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.”
Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami
keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi
pertanyaannya, “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan
itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan
baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum
memahaminya. Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aisah
supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti
Aishah pun berkata, “Ambil sepotong kapas yang bersih,
lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap
putih tanda haid sudah berhenti,”

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam
mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana
atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat
dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai
ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.

Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama
isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita.
Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala
bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan
dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala
Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala
Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan
Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti
kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari.
Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya
Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna
sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan
kehendak isterinya tanpa menjatuhkan mertabatnya
sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh
isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu
suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak
sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan
isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami.
Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas
tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan
sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat
dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah
rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan
menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh
kerana wanita seringkali bertindak mengikut
perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu
emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada
kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit
lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar,
mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah
tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk
macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama
ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan
Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).

Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk
mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan
ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai
kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan
sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan
terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa
perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana
tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan
perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja
mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka
lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya
kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada
perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya
diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari
pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya
bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan
melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di
belakang isteri. Tetapi jika perkara yang
disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat,
memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung
dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.

Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah
saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda
dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya,
“Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,
yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?”
Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu.
Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda
menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji
akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh
isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan
kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini
diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai
memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan
isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana
mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.

Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa
Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut
giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak
menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu.
Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya,
setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan
baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada
isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah
ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya
berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada
persoalan yang dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk
mengetahui siapakah di antara mereka yang paling
disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti
jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda
di antara mereka. tetapi dengan kebijaksanaan
Rasulullah, baginda pun berkata, “Isteri yang paling
disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.”
Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana
setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima
cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami,
pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka
berleter atau setengah orang kata macam mulut murai.
Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab
leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah,
tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang
sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut
kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu
sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut.
Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan
dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur
barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah
kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan
dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada
kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan
dengan kerenah perempuan yang suka berleter.
Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi
peluang kepada perempuan tersebut meluahkan
ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah
diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun
memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah.
Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya
terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak.
Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan
raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia
akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong
dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya
suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini
bukan sahaja tidak membebankan suami dengan
masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk
menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw
yang bermaksud:

“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka
sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah
memiliki isteri yang solehah.”

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia
dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di
tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang.
Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang
solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

MENCARI WANITA SEMPURNA

Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inila! h wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan
dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan
pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yan g saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".............

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ....

Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang! sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Khamis, 16 Julai 2009

KAJIAN KES

SPM 2004

Syarikat Mega Berhad ialah sebuah syarikat automobil negara yang terlibat dalam pengeluaran kereta untuk pasaran tempatan. Hasil kajian syarikat mendapati nilai pekali keanjlan harga permintaan kereta ialah 1.5, maka pihak syarikat mengambil keputusan untuk menurunkan harga kereta. Kesannya permintaan kereta telah meningkat.

Syarikat Mega Berhad bercadang untuk meningkatkan keluarannya bagi menampung peningkatan permintaan dengan menambah bilangan buruh kepada 900 orang.

Jadual 2 yang tidak lengkap menunjukkan pengeluaran jangka pendek Syarikat Mega Berhad.

Mesin

Buruh

Jumlah Keluaran

Unit

Keluaran Purata

Keluaran Sut

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

0

100

200

300

400

500

600

700

800

900

1 000

0

1 000

2 400

4 100

6 000

w

9 300

10 300

10 800

10 800

10 500

-

10

12

13.7

15

15.6

15.5

x

13.5

12

10.5

-

10

y

17

19

18

15

10

5

0

-.3

Jadual 2

Komponen kereta syarikat ini diimport dari Jepun, Thailand dan United Kingdom yang juga merupakan rakan dagang import utama negara. Prestasi syarikat mula terjejas apabila ketiga-tiga negara ini mengalami masalah inflasi yang serius. Ini menyebabkan kos pengeluaran syarikat meningkat secara mendadak. Peningkatan ini mendorong syarikat menaikkan harga kereta keluarannya. Kenaikkan ini menyebabkan tingkat harga umum dalam negara meningkat dan kusasa beli pengguna jatuh. Bagi menjaga kepentingan pengguna, persatuan pengguna telah menghantar memorandum supaya kerajaan mempertingkatkan tindakan berikut:

(i) Menaikkan cukai jualan

(ii) Menaikkan kadar faedah pinjaman

Berdasarkan kes itu, jawab soalan-soalan berikut :-

(a) Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan hasil kajian syarikat itu. [2 markah]

(b) (i) Hitungkan nilai-nilai w, x dan y. [4 markah]

(ii) Tindakan syarikat itu untuk menambah bilangan buruh kepada 900 orang adalah tidak

wajar.

Berdasarkan Jadual 2, berikan alasan dan cadangkan tindakan yang sepatutnya diambil.

[3 markah]

(c) Adakah memorandum persatuan pengguna sesuai untuk mengatasi kenaikan tingkat harga

umum dalam negara itu?

Berikan alasan anda. [5 markah]

(d) Bagaimanakah bank pusat berperanan membantu menjayakan hasrat persatuan pengguna itu?

[11 markah]

SPM 2005

Encik Azli ialah seorang pesara tentera yang telah menerima wang ganjaran sebanyak RM50 000. Beliau bercadang menabung 20% daripada wang ganjaran tersebut untuk tempoh satu tahun di sebuah institusi kewangan. Institusi itu menawarkan kadar faedah 2.5% setahun bagi Simpanan Tabungan dan kadar faedah 3% setahun bagi Simpanan Tetap. Beliau membuat keputusan untuk menabung dalam Simpanan Tabungan.

Sementara itu Encik Azli telah membuka perniagaan batik secara kecil-kecilan dengan menggunakan baki wang ganjaran tersebut. Memandangkan permintaan terhadap batik tempatan semakin meningkat, beliau bercadang untuk membesarkan perniagaannya tetapi beliau menghadapi masalah modal yang tidak mencukupi. Beliau telah berusaha mendapatkan modal daripada beberapa sumber.

Setelah berjaya memperoleh modal tersebut, perniagaan beliau semakin maju. Dua tahun kemudian, beliau mendapati potensi industri batik tempatan boleh dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Pada masa sama, pasaran batik tempatan menghadapi persaingan daripada batik Indonesia. Encik Azli berharap kerajaan akan mengenakan sekatan-sekatan perdagangan antarabangsa untuk melindungi industri batik tempatan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik dengan rakan dagang.

Berdasarkan situasi kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:-

(a) (i) Adakah anda bersetuju dengan keputusan menabung yang dibuat oleh Encik Azli?

Berikan alasan anda. [3 markah]

(ii) Bagaimanakah Encik Azli beoleh menambahkan pendapatannya selain daripada yang dinyatakan

dalam situasi di atas? [8 markah]

(b) Jelaskan sumber-sumber pinjaman yang boleh membantu Encik Azli menambahkan modal.

[5 markah]

(c) Huraikan tiga bentuk sekatan yang boleh kerajaan laksanakan bagi melindungi industri itu.

[9 markah]

SPM 2006

Syarikat Aroma, pengimport tunggal alat ganti kenderaan telah membuat kajian tentang harga alat-alat ganti kenderaan di pasaran domestik pada tahun 2005. Hasil kajian bagi dua jenis alat ganti ditunjukkan dalam rajah berikut:

Oleh itu, Syarikat Aroma telah menetapkan sasaran keuntungan sebanyak 35% pada tahun 2006. Peningkatan sasaran ini memerlukan syarikat mengimport lebih banyak alat ganti dari luar negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat. Dianggarkan nilai import alat ganti kenderaan ialah sebanyak RM700 juta. Pihak pengurusan syarikat telah dimaklumkan pada masa kini, pengeluar alat ganti kenderaan Amerika Syarikat diberi bantuan subsidi sebanyak 12% lebih tinggi daripada yang dinikmati oleh pengeluar di Perancis.

Berikut adalah maklumat perdagangan negara Perancis dan Amerika Syarikat:

Bil

Butiran

Perancis

Amerika Syarikat

1

2

3

4

Kadar pertukaran asing

Kadar tarif

Kos Pengangkutan

Syarat penghantaran barang ke pasaran domestik

RM1 = €0.22

20%

Rendah

Label kandungan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

RM1 = US$0.20

5%

Tinggi

Label kandungan dalam Bahasa Inggeris sahaja

Pada bulan Febuari 2006, bencana alam telah berlaku di Perancis dan Amerika Syarikat. Ini menyebabkan pengeluaran di kedua-dua negara tersebut menghadapi kesulitan untuk membekalkan alat ganti kepada pengimport. Keadaan ini telah menyebabkan gangguan bekalan alat ganti kenderaan di pasaran domestik. Syarikat Aroma terpaksa mengurangkan bekalan kepada peniaga-peniaga alat ganti dan menangguhkan penghantaran alat ganti kenderaan ke negeri-negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak untuk tempoh enam bulan.

Berdasarkan situasi kes di atas, jawab soalan berikut:

(a) (i) Hitungkan nilai pekali keanjalan harga penawaran Alat Ganti J. [2 markah]

Gunakan rumus :




Keanjalan Harga Penawaran =

(ii) Tafsirkan nilai pekali keanjalan tersebut. [2 markah]

(b) (i) Bagai memastikan tingkat keuntungan syarikat maksimum, tentukan negara manakah yang

menjadi pilihan utama Syarikat Aroma? [1 markah]

(ii) Huraikan dua alasan anda. [6 markah]

(c) Jelaskan kesan pengurangan bekalan alat ganti kenderaan tersebut kepada pihak berikut:-

(i) pengguna [3 markah]

(ii) pengedar [3 markah]

(iii) pengeluar [3 markah]

(iv) kerajaan [5 markah]

Ekonomi Asas

NOTA MASALAH EKONOMI
APAKAH MASALAH EKONOMI YANG MENJADI KONSEP ASAS EKONOMI?
1. Oleh sebab sumber adalah terhad berbanding dengan kehendak yang tidak terhad, maka wujud masalah kekurangan. Sumber adalah terhad bagi memenuhi semua kehendak manusia.
2. Tidak semua kehendak dapat dicapai kerana setiap kehendak manusia itu perlu disusun mengikut skel keutamaan iaitu daripada yang sangat penting kepada tidak penting. Kesannya, berlaku masalah pilihan dimana seseorang itu terpaksa membuat pilihan ke atas kehentak yang paling utama berbanding kehendak yang tidak perlu.
3. Proses membuat pemilihan ini melibatkan konsep kos lepas, iaitu proses mengorbankan atau melepaskan barang lain yang terbaik yang terpaksa dilakukan bagi memiliki barang tersebut.

4. Konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas dapat dilihat dari tiga sudut:
i. Individu
ii. Firma
iii. Kerajaan.
MEIRFKKPKL = MAKCIK ESAH INGIN RAMPAS FOTO KEPALA KAMBING PAKAI KERETA LAMA.


Isi rumah

- Menghadapi masalah kekurangan sumber pendapatan

- Pilih barang dan perkhidmatan yang terbaik berdasarkan untuk mencapai kepuasan

yang maksimum

- Wujudnya kos lepas

- iaitu barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan,contohnya komputer dan PS2

Firma

- Menghadapi masalah kekurangan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, tanah,

modal dan usahawan

- Pilih output/keluaran yang terbaik berdasarkan untuk mencapai keuntungan

yang maksimum

- Wujudnya kos lepas

- iaitu output/keluaran yang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan

Kerajaan

- Menghadapi masalah kekurangan sumber hasil/pendapatan negara

- Pilih projek pembangunan yang terbaik berdasarkan untuk memberi kebajikan yang maksimum

kepada rakyat

- Wujudnya kos lepas

- iaitu projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan